Pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin

Selepas pendaftaran, majikan degil pula akan diburu dan dihadapkan ke mahkamah.Tidak ada pengampunan akan diberikan kerana kerajaan sudah menyediakan peluang yang mencukupi kepada mereka untuk mendaftar dengan sistem biometrik.

Setiap permohonan pemutihan akan ditentukan oleh kementerian atau agensi kawal selia yang bertanggugjawab terhadap sektor dan subsektor yang berkenaan.Proses pemutihan melibatkan dua kategori iaitu majikan yang menggaji pendatang tanpa izin yang telah didaftarkan boleh mengemukakan permohonan agar pekerja mereka diputihkan, dan bagi pendatang tanpa izin yang tidak ada majikan akan dipertimbang untuk mengisi kekosongan mengikut keperluan majikan yang memohon pekerja asing.

Permohonan untuk proses pemutihan perlu dikemukakan dengan menggunakan khidmat syarikat pengurus yang sama ketika proses pendaftaran.Kerajaan telah menetapkan kadar bayaran maksimum bagi caj perkhidmatan yang boleh dikenakan oleh syarikat pengurus iaitu tidak lebih RM300.[6]

Beberapa kelemahan dikesan seperti pendatang asing bertindak sebagai syarikat pengurus.Syarikat pengurus dikesan cuba mengambil wang bayaran lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.Ada cuba mengubah suai sistem biometrik.[7]

Rujukan

WikiPedia: Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=111... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt...